Ali juga mengulangi khutbah/hadis Ghadir Khum pada hari Peperangan
Jamal pada tahun 36 H. Beliau bertanya Talhah: Aku menyeru anda, adakah
anda mendengar Rasulullah (s.`a.w.) bersabda: Siapa yang menjadikan aku maula
nya, maka `Ali maula nya. Wahai Tuhanku! Hormatilah orang yang
mewalikannya dan tentangilah orang yang memusuhinya? Talhah menjawab:
Ya. `Ali berkata: Kenapa anda memerangiku? Talhah menjawab: Aku tidak
ingat. Beliau berkata: Talhah telah pergi darinya
Amir al-Mukminin mengulang kembali khutbah/hadits Ghadir Khum di Kufah pada
tahun 36-37 H. di mana sekumpulan lelaki mengulangi kembali hadits Ghadir
al-Khum di hadapan Amir al-Mukminin `Ali ,. Begitu juga Fatimah al-Zahra,
Hasan, Husain dan sembilan para imam Ahl al-Bait Rasulullah saww
berhujah dengan hadis al-Ghadir dan lainnya, seperti hadits
al-Thaqalain, al-Safinah, al-Manzilah, al-Tair, al-Dar, Madinah al-`Ilm
dan sebagainya. Semuanya menjelaskan kedudukan kelebihan para imam dua
belas. Adalah suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa Amir
al-Mukminin `Ali mempunyai keilmuan yang tinggi dan diakui oleh Rasulullah
dengan sabdanya: "Aku adalah bandar ilmu, `Ali adalah pintunya"
.
Inilah nama-nama perawi khutbah/hadis Ghadir Khum dikalangan para sahabat
Rasulullah saww tentang pelantikan `Ali sebagai khalifah secara langsung
selepas
Rasulullah saww sebagaimana sabdanya ::
"Siapa yang menjadikan aku maulanya, maka `Ali adalah maulanya".
Dan nama-nama perawi tersebut telah diriwayatkan oleh para ulama Ahl
al-Sunnah di dalam buku-buku mereka seperti berikut:
1. Abu Hurairah al-Dausi (w. 57/58/59 H). Diriwayatkan oleh al-Khatib
al-Baghdadi di dalam Tarikh Baghdad, VII, hlm. 290. Al-khawarizmi al-maliki di
dalam Manaqibnya, hlm. 130. Ibn Hajr di dalam Tahdhib al-Tahdhib, VII, hlm.
327.
2. Abu Laila Al-Ansari (w. 37 H). Diriwayatkan oleh al-khawarizmi al-maliki, di
dalam Manaqibnya, hlm. 35. Al-Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa', hlm.
14.
3. Abu Zainab bin `Auf al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di
dalam Usd al-Ghabah, III, hlm. 307. Ibn Hajr di dalam al-Isabah, III,
hlm. 408.
4. Abu Fadhalah al-Ansari, sahabat Nabi (s.`a.w.) di dalam peperangan
Badr. Di antara orang yang memberi penyaksian kepada `Ali a.s dengan
hadis al-Ghadir di hari Rahbah. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam
Usd al-Ghabah, III, hlm. 307.
5. Abu Qudamah al-Ansari. Di antara orang yang menyahut seruan `Ali a.s di
hari Rahbah. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, V,
hlm. 276.
6. Abu `Umrah bin `Umru bin Muhsin al-Ansri. Diriwayatkan oleh Ibn
al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, III, hlm. 307. Di antara yang
menjadi saksi kepada `Ali a.s di hari Rahbah dengan hadis al-Ghadir.
7. Abu l-Haitham bin al-Taihan meninggal dunia di dalam pepe rangan
al-Siffin tahun 37 H. Diriwayatkan oleh al-Qadhi d dalam Tarikh Ali
Muhammad, hlm. 62.
8. Abu Rafi` al-Qibti, hamba Rasulullah (s.`a.w.). Diriwayakan oleh
al-khawarizmi al-maliki di dalam Maqtal dan Abu Bakr al-Ja`abi di dalam Nakhbnya.
9. Abu Dhuwaib Khuwailid atau Khalid bin Khalid bin Muhrith al-Hazali wafat
di dalam pemerintahan Khalifah `Uthman. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di
dalam Hadith al-Wilayah, al-Khawarizmi al-maliki di dalam Maqtal.
10. Abu Bakr bin Abi Qahafah al-Taimi (w. 13 H). Diriwayatka oleh Ibn
Uqdah dengan sanad-sanadnya di dalam Hadith al-Wlayah, Abu Bakr al-Ja`abi
di dalam al-Nakhb, al-Mansur al-Razi di dalam kitabnya Hadith al-Ghadir,
Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna al-Matalib, hlm. 3 di antara
perawi-perawi hadis al-Ghadir.
11. Usamah bin Zaid bin al-Harithah al-Kalbi (w. 54 H). Diriwayatkan di
dalam Hadith al-Wilayah dan Nakhb al-Manaqib.
12. `Ubayy bin Ka`ab al-Ansari al-Khazraji (w. 30/32 H). Diriwayatkan
oleh Abu Bakr al-Ja`bi dengan sanad-sanadnya di dalam Nakhb al-Manaqib.
13. As`ad bin Zararah al-Ansari. Diriwayatkan oleh Syamsuddin al-Jazari
di dalam Asna al-Matalib, hlm. 4.
14. Asma` binti `Umais al-Khath`amiyyah. Diriwayatkan oleh Ibn`Uqdah
dengan sanad-sanadnya di dalam Hadith al-Wilayah
5. Umm Salmah isteri Nabi (s.`a.w.). Diriwayatkan oleh al-Qunduzi
l-Hanafi di dalam Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 40.
16. Umm Hani` binti Abi Talib. Diriwayatkan oleh al-Qunduzi l-Hanafi di
dalam Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 40 dan Ibn `Uqdah di dalam Hadith
al-Wilayah dengan sanad-sanadnya.
17. Abu Hamzah Anas bin Malik al-Ansari al-Khazraji hamba Rasulullah
(s.`a.w.) (w. 93 H). Diriwayatkan oleh al-Khatib al-Baghdadi di dalam
Tarikhnya, VII, hlm. 377; Ibn Qutaibah di dalam al-Ma`arif, hlm. 291;
al-Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa', hlm.114.
18. Al-Barra' bin `Azib al-Ansari al-Ausi (w. 72 H). Diriwayatkan oleh
Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, IV, hlm. 281,Ibn Majah di dalam Sunan,
I, hlm. 28-29.
19. Baridah bin al-Hasib Abu Sahl al-Aslami (w. 63 H). Diriwayatkan
oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak, III, hlm. 110; al--Suyuti di dalam
Tarikh al-Khulafa', hlm. 114.
20. Abu Sa`id Thabit bin Wadi`ah al-Ansari al-Khazraji al-Madani.
Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah,
III, hlm. 307.
21. Jabir bin Samurah bin Janadah Abu Sulaiman al-Sawa`i (w. 70H).
Diriwayatkan oleh al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 398.
22. Jabir bin `Abdullah al-Ansari (w. 73/74/78 H). Diriwayatkan oleh Ibn
`Abd al-Birr di dalam al-Isti`ab, II, hlm. 473; Ibn Hajr di dalam Tahdhib
al-Tahdhib, V, hlm. 337.
23. Jabalah bin `Amru al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah dengan
sanad-sanadnya di dalam Hadith al-Wilayah.
24. Jubair bin Mut`am bin `Adi al-Qurasyi al-Naufali (w. 57/58/59H).
Diriwayatkan oleh al-Qunduzi al-Hanafi di dalam Yanabi` al-Mawaddah,
hlm. 31, 336.
25. Jarir bin `Abdullah bin Jabir al-Bajali (w. 51/54 H). Diriwayatkan
oleh al-Haithami di dalam Majma` al-Zawa'id , IX,hlm. 106.
26. Abu Dhar Jundab Janadah al-Ghaffari (w. 31 H). Diriwayatkan oleh Ibn
`Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah; Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di
dalam Asna l-Matalib, hlm. 4.
27. Abu Junaidah Janda` bin `Amru bin Mazin al-Ansari. Diri-wayatkan
oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, I, hlm.308.
28. Hubbah bin Juwain Abu Qudamah al-`Arani (w. 76-79 H). Diriwayatkan
oleh al-Haithami di dalam Majma` al-Zawa'id, IX,hlm. 103; al-Khatib
al-Baghdadi di dalam Tarikh Baghdad, VIII, hlm. 276.
29. Hubsyi bin Janadah al-Jaluli. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam
Usd al-Ghabah, III, hlm. 307; V, hlm. 203; Ibn Kathir di dalam al-Bidayah
wa al-Nihayah, V, hlm. 211.
30. Habib bin Badil bin Waraqa` al-Khaza`i. Diriwayatkan oleh Ibn
al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, I, hlm. 368; Ibn Hajr di dalam al-Isabah,
I, hlm. 304.
31. Huzaifah bin Usyad Abu Sarihah al-Ghaffari (w. 40/42
H).diriwayatkan oleh al-Qunduzi al-Hanafi, di dalam Yanabi` al-Mawaddah,
hlm. 38.
32. Huzaifah bin al-Yamani (w. 36 H). Diriwayatkan oleh Syamsuddin
al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna l-Matalib, hlm. 40.
33. Hasan bin Thabit. Salah seorang penyair al-Ghadir pada abad pertama
hijrah.
34. Imam Mujtaba Hasan bin `Ali a.s. Diriwayatkan oleh Ibn`Uqdah di
dalam Hadith al-Wilayah dan Abu Bakr al-Ja`abi di dalam al-Nakhb.
35. Imam Husain bin `Ali a.s. Diriwayatkan oleh Abu Nu`aim di dalam
Hilyah al-Auliya', IX, hlm. 9.
36. Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansari (w. 50/51/52 H). Diriwayatkan
oleh Muhibbuddin al-Tabari di dalam al-Riyadh al-Nadhirah, I, hlm. 169; Ibn
al-Athir di dalam Usd al-Ghabah,V, hlm. 6 dan lain-lain.
37. Abu Sulaiman Khalid bin al-Walid al-Mughirah al-Makhzumi (w.21/22 H).
Diriwayatkan oleh Abu Bakr al-Ja`abi di dalam al-Nakhb.
38. Khuzaimah bin Thabit al-Ansari Dhu al-Syahadataini (w. 37H).
Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah,III, hlm. 307 dan
lain-lain.
39. Abu Syuraih Khuwailid Ibn `Umru al-Khaza`i (w. 68 H). Di antara
orang yang menyaksikan Amiru l-Mukminin dengan hadith
al-Ghadir.
40. Rifalah bin `Abd al-Mundhir al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah
dengan sanad-sanadnya di dalam Hadith al-Wilayah.
41. Zubair bin al-`Awwam al-Qurasyi (w. 36 H). Diriwayatkan oleh Syamsuddin
al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna l-Matalib,
hlm. 3.
42. Zaid bin Arqam al-Ansari al-Khazraji (w. 66/68 H). Diriwayatkan
oleh Ahmad bin Hanbal di dalam Musnadnya, IV, hlm.368 dan lain-lain.
43. Abu Sa`id Zaid bin Thabit (w. 45/48 H). Diriwayatkan oleh Syamsuddin
al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna l-Matalib,hlm. 4 dan lain-lain.
44. Zaid Yazid bin Syarahil al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir
di dalam Usd al-Ghabah, II, hlm. 233; Ibn Hajr di dalam al-Isabah, I, hlm.
567 dan lain-lain.
45. Zaid bin `Abdullah al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah dengan
sanad-sanadnya di dalam Hadith al-Wilayah.
46. Abu Ishak Sa`d bin Abi Waqqas (w. 54/56/58 H). Diriwayatkan oleh
al-Hakim di dalam al-Mustadrak , III, hlm. 116 dan lain-lain.
47. Sa`d bin Janadah al-`Aufi bapa kepada `Atiyyah al-`Aufi. Diriwayatkan
oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah , dan lain-lain.
48. Sa`d bin `Ubadah al-Ansari al-Khazraji (w. 14/15 H). Diriwayatkan oleh
Abu Bakr al-Ja`abi di dalam Nakhb.
49. Abu Sa`id Sa`d bin Malik al-Ansari al-Khudri (w. 63/64/65H).
Diriwayatkan oleh al-khawarizmi al-maliki di dalam Manaqibnya, hlm. 8; Ibn Kathir
di dalam Tafsirnya, II, hlm. 14 dan lain-lain.
50. Sa`id bin Zaid al-Qurasyi `Adwi (w. 50/51 H). Diriwayatkan oleh Ibn
al-Maghazili di dalam Manaqibnya.
51. Sa`id bin Sa`d bin `Ubadah al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di
dalam Hadith al-Wilayah.
52. Abu `Abdullah Salman al-Farisi (w. 36/37 H). Diriwayatkan oleh
Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna l-Matalib, hlm. 4 dan
lain-lain.
53. Abu Muslim Salmah bin `Umru bin al-Akwa` al-Islami (w. 74H).
Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah dengan sanad-sanadnya didalam Hadith
al-Wilayah.
54. Abu Sulaiman Samurah bin Jundab al-Fazari (w. 58/59/60
H).Diriwayatkan oleh Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna
l-Matalib, hlm. 4 dan lain-lain.
55. Sahal bin Hanif al-Ansari al-Awsi (w. 38 H). Diriwayatkan oleh
Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna l-Matalib, hlm. 4 dan
lain-lain.
56. Abu `Abbas Sahal bin Sa`d al-Ansari al-Khazraji al-Sa`idi (w. 91
H). Diriwayatkan oleh al-Qunduzi l-Hanafi di dalam Yanabi` al-Mawaddah,
hlm. 38 dan lain-lain.
57. Abu Imamah al-Sadiq Ibn `Ajalan al-Bahili (w. 86 H). Diriwayatkan
oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.
58. Dhamirah al-Asadi. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith
al-Wilayah.
59. Talhah bin `Ubaidillah al-Tamimi wafat pada tahun 35 Hijrah di dalam
Perang Jamal. Diriwayatkan oleh al-Mas`udi di dalam Muruj al-Dhahab, II,
hlm. 11; al-Hakim di dalam al-Mustadrak, III, hlm. 171 dan lain-lain.
60. `Amir bin `Umair al-Namiri. Diriwayatkan oleh Ibn Hajr di dalam
al-Isabah, II, hlm. 255.
61. `Amir bin Laila bin Dhumrah. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam
Usd al-Ghabah, III, hlm. 92 dan lain-lain.
62. `Amir bin Laila al-Ghaffari. Diriwayatkan oleh Ibn Hajr di dalam
al-Isabah, II, hlm. 257 dan lain-lain.
63. Abu Tufail `Amir bin Wathilah. Diriwayatkan oleh Ahmad bin Hanbal di
dalam Musnadnya, I, hlm. 118; al-Turmudhi di dalam Sahihnya, II, hlm. 298
dan lain-lain.
64. `Aisyah binti Abu Bakr bin Abi Qahafah, isteri Nabi (s.`a.w.).
Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.
65. `Abbas bin `Abdu l-Muttalib bin Hasyim bapa saudara Nabi (s.`a.w.).
Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.
66. `Abdu al-Rahman bin `Abd Rabb al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn
al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, III, hlm. 307; Ibn Hajr di dalam al-Isabah,
II, hlm. 408 dan lain-lain.
67. Abu Muhammad bin `Abdu al-Rahman bin Auf al-Qurasyi al Zuhri (w. 31
H). Diriwayatkan oleh Syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna
al-Matalib, hlm. 3 dan lain-lain.
68. `Abdu al-Rahman bin Ya`mur al-Daili. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di
dalam Hadith al-Wilayah dan lain-lain.
69. `Abdullah bin Abi `Abd al-Asad al-Makhzumi. Diriwayatkan oleh Ibn
`Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.
70. `Abdullah bin Badil bin Warqa' Sayyid Khuza`ah. Diriwayatkan oleh Ibn
`Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.
71. `Abdullah bin Basyir al-Mazini. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam
Hadith al-Wilayah.
72. `Abdullah bin Thabit al-Ansari. Diriwayatkan oleh al-Qadhi di dalam
Tarikh Ali Muhammad, hlm. 67.
?73. `Abdullah bin Ja`far bin Abi Talib al-Hasyim (w. 80 H).
Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.
74. `Abdullah bin Hantab al-Qurasyi al-Makhzumi. Diriwayatkan oleh
al-Suyuti di dalam Ihya' al-Mayyit.
75. `Abdullah bin Rabi`ah. Diriwayatkan oleh al-khawarizmi al-maliki di dalam
Maqtalnya.
76. `Abdullah bin `Abbas (w. 68 H). Diriwayatkan oleh al-Nasa`I di dalam
al-Khasa`is, hlm. 7 dan lain-lain.
77. `Abdullah bin Ubayy Aufa `Alqamah al-Aslami (w. 86/87 H).
Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.
78. Abu `Abd al-Rahman `Abdullah bin `Umar bin al-Khattab al- `Adawi (w.
72/73 H). Diriwayatkan oleh al-Haithami di dalam Majma` al-Zawa'id, IX,
hlm. 106 dan lain-lain.
79. Abu `Abdu al-Rahman `Abdullah bin Mas`ud al-Hazali (w. 32/33H).
Diriwayatkan oleh al-Suyuti di dalam al-Durr al-Manthur, II, hlm. 298
dan lain-lain.
80. `Abdullah bin Yamil. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd
al-Ghabah, III, hlm. 274; Ibn Hajr di dalam al-Isabah, II, hlm. 382 dan
lain-lain.
81. `Uthman bin `Affan (w. 35 H). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah
di dalam Hadith al-Wilayah dan lain-lain.
82. `Ubaid bin `Azib al-Ansari, saudara al-Bara' bin `Azib. Di antara
orang yang membuat penyaksian kepada `Ali a.s di Rahbah. Diriwayatkan
oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, III, hlm. 307.
83. Abu Tarif `Adi bin Hatim (w. 68 H). Diriwayatkan oleh al-Qunduzi
al-Hanafi di dalam Yanabi` al-Mawaddah, hlm. 38 dan lain-lain.
84. `Atiyyah bin Basr al-Mazini. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam
Hadith al-Wilayah.
85. `Uqbah bin `Amir al-Jauhani. Diriwayatkan oleh al-Qadhi di dalam
Tarikh Ali Muhammad, hlm. 68.
86. Amiru l-Mukminin `Ali bin Abi Talib a.s. Diriwayatkan oleh Ahmad bin
Hanbal di dalam Musnadnya, I, hlm. 152; al-Haithami di dalam Majma`
al-Zawa'id, IX, hlm. 107; al-Suyuti di dalam Tarikh al- Khulafa', hlm.
114; Ibn Hajr di dalam Tahdhib al-Tahdhib, VII, hlm. 337; Ibn Kathir di
dalam al-Bidayah wa al-Nihayah, V, hlm. 211 dan lain-lain.
87. Abu Yaqzan `Ammar bin Yasir (w. 37 H). Diriwayatkan oleh Syamsuddin
al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna al-Matalib,hlm. 4 dan lain-lain.
88. `Ammarah al-Khazraji al-Ansari. Diriwayatkan oleh al-Haithami di dalam
Majma` al-Zawa'id, IX, hlm. 107 dan lain-lain.
89. `Umar bin Abi Salmah bin `Abd al-Asad al-Makhzumi (w. 83 H).
Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.
90. `Umar bin al-Khattab (w. 23 H). Diriwayatkan oleh Muhibbuddin
al-Tabari di dalam al-Riyadh al-Nadhirah, II, hlm. 161; Ibn Kathir di dalam
al-Bidayah wa al-Nihayah, VII, hlm. 349 dan lain-lain.
91. Abu Najid `Umran bin Hasin al-Khuza`i (w. 52 H). Diriwayatkan oleh
syamsuddin al-Jazari al-Syafi`i di dalam Asna al-Matalib, hlm. 4 dan
lain-lain.
92. `Amru bin al-Humq al-Khuza`i al-Kufi (w. 50 H). Diriwayatkan oleh Ibn
`Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.
93. `Amru bin Syarhabil. Diriwayatkan oleh al-khawarizmi al-maliki di dalam
Maqtalnya.
94. `Amru bin al-`Asi. Diriwayatkan oleh Ibn Qutaibah di dalam al-Imamah
wa al-Siyasah, hlm. 93 dan lain-lain.
95. `Amru bin Murrah al-Juhani Abu Talhah atau Abu Maryam. Diri-wayatkan
oleh al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-`Ummal, VI, hlm. 154 dan
lain-lain.
96. Al-Siddiqah Fatimah binti Nabi (s.`a.w.). Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah
di dalam Hadith al-Wilayah dan lain-lain.
97. Fatimah binti Hamzah bin `Abdu l-Muttalib. Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah
di dalam Hadith al-Wilayah.
98. Qais bin Thabit bin Syamas al-Ansari. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir
di dalam Usd al-Ghabah, I, hlm. 368; Ibn Hajr di dalam al-Isabah, I, hlm.
305 dan lain-lain.
99. Qais bin Sa`d bin `Ubadah al-Ansari al-Khazraji. Diriwayatkan oleh Ibn
`Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.
100. Abu Muhammad Ka`ab bin `Ajrah al-Ansari al-Madani (w. 51
H).Diriwayatkan oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.
101. Abu Sulaiman Malik bin al-Huwairath al-Laithi (w. 84 H).
Diriwayatkan oleh al-Suyuti di dalam Tarikh al-Khulafa', hlm. 114 dan
lain-lain.
102. Al-Miqdad bin `Amru al-Kindi al-Zuhri (w. 33 H). Diriwayatkan oleh
Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah dan lain-lain.
103. Najiah bin `Amru al-Khuza`i. Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam
Usd al-Ghabah, V, hlm. 6; Ibn Hajr di dalam al-Isabah, III, hlm. 542 dan
lain-lain.
104. Abu Barzah Fadhlah bin `Utbah al-Aslami (w. 65 H). Diriwayatkan
oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.
105. Na'mar bin `Ajalan al-Ansari. Diriwayatkan oleh al-Qadhi di dalam
Tarikh Ali Muhammad, hlm. 68 dan lain-lain.
106. Hasyim al-Mirqal Ibn `Utbah bin Abi Waqqas al-Zuhri (w. 37H).
Diriwayatkan oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah, I, hlm. 366; Ibn
Hajr di dalam al-Isabah, I, hlm. 305.
107. Abu Wasmah Wahsyiy bin Harb al-Habsyi al-Hamsi. Diriwayatkan oleh Ibn
`Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.
108. Wahab bin Hamzah. Diriwayatkan oleh al-khawarizmi al-maliki pada Fasal Keempat di
dalam Maqtalnya.
109. Abu Juhaifah Wahab bin `Abdullah al-Suwa'i (w. 74 H). Diriwayatkan
oleh Ibn `Uqdah di dalam Hadith al-Wilayah.
110. Abu Murazim Ya'li bin Murrah bin Wahab al-Thaqafi. Diriwayatkan
oleh Ibn al-Athir di dalam Usd al-Ghabah , II, hlm.233; Ibn Hajr di dalam
al-Isabah , III, hlm. 542 .
Demikianlah 110 orang perawi hadits al-Ghadir oleh para sahabat
mengenai pelantikan `Ali `a.s sebagai imam/khalifah secara langsung selepas
Rasulullah, oleh ulama Ahl al-Sunnah di dalam buku-buku mereka. Hadits ini
sudah
mencapai ke peringkat kemutawatirannya.
Kemudian diikuti pula oleh 84 orang perawi dari golongan para Tabi`in yang
meriwayatkan hadis al-Ghadir
Serta 360 perawi di kalangan ulama Sunnah yang meriwayatkan
hadis tersebut di dalam buku-buku mereka.
Malah terdapat 26 pengarang dari kalangan para ulama Ahl al-Sunnah yang
menulis buku-buku tentang hadits al-Ghadir .